Kemahiran Komunikasi Bukan Lisan yang Lemah
Video ini memaparkan perbualan antara seorang pesakit dengan pelajar perubatan. Pesakit itu pada dua hari sebelumnya baru sahaja menjalani pemotongan kaki kanan. Tontoni video berikut dan perhatikan kemahiran komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh pelajar perubatan itu.
Berhenti pada bila-bila masa dalam paparan video ini dan renungkan apa yang telah anda saksikan. Pernahkah anda lakukan atau melihat rakan anda lakukan perkara sebegini sebelum ini? Apakah perasaan anda jika berada dalam kedudukan En. Bala?
Transkrip
En. Bala ialah seorang pemandu lori dan satu-satunya pencari nafkah untuk menyara lima ahli keluarganya. Dia bersedih atas kekurangan anggota badannya.
Ali: Selamat pagi En. Bala, saya Ali pelajar perubatan di tahun kelima.
En. Bala: (Kelihatan sedih dan tidak menyentuh makanan yang terletak di atas meja bersebelahannya. Tidak memberi maklum balas mahupun memandang Ali)..
Ali: (Menarik kerusi mendekati En. Bala dan duduk)..
En. Bala: (Masih tidak menunjukkan minat terhadap Ali dan merenung kakinya yang telah dipotong).
Ali: (Mula membuat catatan pada pad notanya) Kenapa En. Bala dimasukkan ke hospital? Bilakah mereka memotong kaki anda?
En. Bala: (Kelihatan sangat sedih) Mereka memotong kaki saya beberapa hari yang lalu. Semuanya disebabkan oleh penyakit kencing manis.
Ali: (Masih menulis dan sangat kurang memandang) Berapa lama anda menghidap penyakit kencing manis? Adakah anda mengambil insulin?
En. Bala: Bagaimanakah saya hendak bekerja dengan keadaan kaki saya sekarang.. Bagaimana saya hendak menjaga keluarga saya.. Bagaimana saya hendak menyara isteri dan anak-anak saya..
Ali: (Memandang sebentar kepada En. Bala, mengeluh, memandang sekeliling dan kembali semula kepada catatannya)
Ali: Adakah anda merasakan apa-apa pada kaki kiri anda? (Mencucuk dengan pen kaki En. Bala yang telah dipotong) Anda ada rasa apa-apa?
Ali: (Duduk bersandar) Jadi, kaki itu telah dijangkiti? Adakah itu sebabnya kaki anda dipotong? (Menyilang kaki dan berpeluk tubuh)
En. Bala: Anak lelaki saya sudah mula belajar di kolej... Anak kecil saya..(Ali tiba-tiba menyampuk En. Bala).
Ali: Apakah jenis ubat-ubatan yang anda ambil sekarang?
En. Bala: (Memandang Ali dengan perasaan marah dan menjengkelkan)..