Ringkasan


Marilah kita mengimbas kembali apa yang telah dipelajari tentang kemahiran komunikasi bukan lisan.

Kemahiran komunikasi bukan lisan adalah penting sebagai sebahagian daripada komunikasi yang berkesan antara pesakit dan doktor. Kemahiran komunikasi bukan lisan yang baik membantu mewujudkan hubungan yang baik dengan pesakit, mengurangkan aduan dan tuduhan salah amalan. Kemahiran ini juga dapat meningkatkan kepuasan pesakit dan akhirnya membantu dalam proses penyembuhan pesakit.

Kemahiran komunikasi bukan lisan melibatkan yang berikut:

  • Mempamerkan bahasa gerak-geri yang terbuka dan mesra,
  • Mempunyai kontak mata yang baik - memberi perhatian kepada pesakit,
  • Mempamerkan riak wajah yang baik,
  • Mempunyai penampilan yang baik semasa perjumpaan,
  • Mengamalkan sentuhan yang bersesuaian,
  • Menghormati ruang peribadi atau jarak fizikal,
  • Mempunyai postur tubuh yang baik seperti membongkok sedikit dan searas kedudukan dengan pesakit,
  • Menggunakan pendorong bukan lisan seperti anggukan kepala; dan
  • Berdiam diri mengikut kesesuaian keadaan.